Thursday 20 March 2008

soalan-soalan kuiz

1. Apakah peristiwa yang berlaku beberapa tahun selepas Rasulullah dilahirkan yang membuktikan bahawa baginda adalah istimewa ,walaupun dilahirkan sebagai seorang yang yatim?

2. Sebelum Rasulullah menerima wahyu baginda juga berkeinginan seperti pemuda2 lain (untuk berpesta dsb) Apakah peritiwa yang menunjukkan bahawa baginda terpelihara dari menyertai majlis2 sedemikian?

3. Apakah wahyu pertama yang telah disampaikan kepada Rasulullah?

4. Siapakah 4 orang pertama yang mula2 menerima Islam?

5. Nyatakan sebab turunnya Surah al-kafirun dan kaitannya dengan seruan dakwah Rasulullah?

6. Siapakah yang menjadi Duta Rasulullah ke madinah pada zaman awal dakwah ?

7. Apakah isi 6 penting perjanjian Aqabah yang pertama?

8. Apabila Rasulullah wafat, apakah tindakan yang telah didahulukan oleh Abu bakar? Mengebumikan jenazah baginda atau melantik khalifah? Apakah pengajaran yang dapat di ambil dari peristiwa ini?

9. Pada zaman kepimpinan siapakah Baitulmuqaddis telah dibuka oleh orang Islam?

10. Siapakah yang telah membuka kota Constantinople?

11. Bilakah Kepimpinan Khalifah Islamiyyah telah dijatuhkan?

12. Bilakah tamadun Islam berada di kemuncak?

13. Siapakah yang mengetuai misi ke Afrika Utara dan Andalus sewaktu zaman Khalifah Umayyah?

14. Siapakah Umar abd Aziz?

15. Apakah fungsi Bait Al-hikmah yang telah ditubuhkan oleh Khalifah Al-Makmun (Era Abasiyyah) ?

No comments: