Thursday 20 March 2008

Introduction Kuiz

Assalamualaikum wrt.wbt.

Syukur kehadrat ilahi kerana memberi nikmat iman islam dan akal kepada kita,dan terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh sahabat-sahabat dalam menjayakan AGM IMAM-RSC(Moscow) 08 kali ini..

Untuk menghangatkan lagi semangat-semangat kalian semua dan memeriahkan lagi AGM 08 ini dan majilis sambutan Maulidur Rasul kali ini..

Kami dari pihak penganjur,telah menyediakan KUIZ Sirah Nabawiah untuk menguji kefahaman dan pengetahuan para sahabat tentang sirah Rasulullah junjungan kita nabi Muhammad S.A.W.

Syarat-syarat dan peraturan Kuiz Sirah Nabawiah(KSN)

Syarat-syarat dan peraturan Kuiz Sirah Nabawiah(KSN)

1.Kuiz ini terbuka kepada SEMUA ahli IMAM-RSC(MOSCOW) kecuali EXCO IMAM-RSC(MOSCOW) 06-08 sahaja

2.Kuiz ini terdiri daripada 15 soalan sirah islamiah

3.Setiap jawapan yang tepat akan di beri satu point ( i.e 5 jawapan = 5 point )

4.5 peserta yang memperolehi point yang tertinggi akan di kira sebagai pemenang (jawapan boleh di tinggalkan tempat kosong jika tidak pasti atau tidak tahu)

5.Para pemenang akan menerima Hadiah misteri

6.Sekiranya ada lebih dari 5 org yang pemenang,pihak juri akan menyedia soalan misteri ketika hari AGM berlangsung..(soalan misteri tersebut berkaitan dengan soalan mengenai IMAM)

7.para peserta bebas mendapatkan jawapan dari mana2 sumber i.e bahan2 bacaan, internet, ustaz/ustazah, ibubapa,etc...)

8.Nama-nama para pemenang akan diumumkan pada hari AGM tersebut iaitu
23.03.08

9.Keputusan juri adalah muktamad

10.Para Pemenang hendaklah menghadirkan diri ketika sessi penyampaian hadiah dan tidak dibenarkan wakil untuk mengambil hadiah..

11.Para penyerta hendaklah menghantarkan jawapan selewat-lewatnya pada hari sabtu 22.03.08 pada pukul 3.00 petang waktu Moscow.

12.Para penyerta hendaklah menghantar jawapan beserta nama penuh,university,tahun pengajian,email dan no telefon ke alamat email berikut akademikppimmsc@yahoo.com.my


soalan-soalan kuiz

1. Apakah peristiwa yang berlaku beberapa tahun selepas Rasulullah dilahirkan yang membuktikan bahawa baginda adalah istimewa ,walaupun dilahirkan sebagai seorang yang yatim?

2. Sebelum Rasulullah menerima wahyu baginda juga berkeinginan seperti pemuda2 lain (untuk berpesta dsb) Apakah peritiwa yang menunjukkan bahawa baginda terpelihara dari menyertai majlis2 sedemikian?

3. Apakah wahyu pertama yang telah disampaikan kepada Rasulullah?

4. Siapakah 4 orang pertama yang mula2 menerima Islam?

5. Nyatakan sebab turunnya Surah al-kafirun dan kaitannya dengan seruan dakwah Rasulullah?

6. Siapakah yang menjadi Duta Rasulullah ke madinah pada zaman awal dakwah ?

7. Apakah isi 6 penting perjanjian Aqabah yang pertama?

8. Apabila Rasulullah wafat, apakah tindakan yang telah didahulukan oleh Abu bakar? Mengebumikan jenazah baginda atau melantik khalifah? Apakah pengajaran yang dapat di ambil dari peristiwa ini?

9. Pada zaman kepimpinan siapakah Baitulmuqaddis telah dibuka oleh orang Islam?

10. Siapakah yang telah membuka kota Constantinople?

11. Bilakah Kepimpinan Khalifah Islamiyyah telah dijatuhkan?

12. Bilakah tamadun Islam berada di kemuncak?

13. Siapakah yang mengetuai misi ke Afrika Utara dan Andalus sewaktu zaman Khalifah Umayyah?

14. Siapakah Umar abd Aziz?

15. Apakah fungsi Bait Al-hikmah yang telah ditubuhkan oleh Khalifah Al-Makmun (Era Abasiyyah) ?